Tangki Fiber Glass
Tangki konvensional dari bahan gentian kaca atau lebih dikenali sabagai tangki "fiberglass". Tangki jenis ini digunakan secara meluas untuk kegunaan kecil dan sederhana. Tangki fiberglass ini boleh diubahsuai saiz atau direkabentuk mengikut permintaan anda, warna pilihan adalah seperti hitam,kelabu, biru, hijau, putih dan sebagainya. Hubungi kami untuk sebarang saiz yang diperlukan atau pelbagai perihal lain berkaitan "Tangki Fiberglass" kami sedia membantu anda. Harga bergantung kepada kuantiti dan saiz. Manakala kos penghantaran bergantung kepada lokasi.

Tangki PE "Polyethylene"
Seperti lain-lain tangki ternakan konvensional, tangki PE "Polyethylene" merupakan tangki ternakan pilihan yang terdapat dipasaran. Digunakan secara meluas diseluruh Malaysia dengan kepelbagaian saiz yang agak terhad jika dibandingkan dengan keupayaan atau saiz tangki fiberglass dan kanvas. Selain tangki jenis PE, tangki jenis PVC atau plastik campuran juga banyak digunakan secara meluas untuk kapasiti kecil dan sederhana.

No comments:
Post a Comment